Monday, 9 January 2012

Koleksi 2011 - CUPCAKE Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum ...


.... anak-anak kecil suka chocolate CUPCAKE moist ini - sesuai utk sebarang majlis dan sebagai buahtangan..

Assorted Topping 
- BC Chocolate Chips
- Sweet Dessicated Coconut
- Creamy Peanut Butter 






 - Silalah buat tempahan anda sekarang ... :-) Telefon atau SMS untuk keterangan lanjut, 012-5745187

Koleksi 2011 - CUPCAKE Red Velvet with Cream Cheese

Assalamualaikum ...

- antara tempahan-tempahan Cupcake Red Velvet  yang diterima sepanjang 2011 untuk pelbagai majlis.



Sunday, 8 January 2012

Happy Birthday Bapak - Plain Butter Cake

Assalamualaikum ...


- Selamat Panjang Umur Bapak yang ke 71 tahun - Plain Butter Cake Sahaja ... maklum .... :-)


Plain Butter Cake

...Deko hanya menaburkan icing sugar dust & lil' love sweet ...

Birthday Boy & Birthday Girl ;-)

Happy Birthday Fiqah - Blueberry Tiramisu Cake

Assalamualaikum ...

- Happy Birthday Fiqah, 6 tahun on 06.01.2012... My little girl :-). Kek yang serba ringkas sahaja.

- rupa Plain Blueberry Tiramisu Cake ( 8" )

...selepas di 'make-up', topping chocolate cocoa powder &
Blueberry Filling as corak ...

BTC slice ( rupa di dalam )

Tiramisu Cake for My 18th Anniversary

Assalamualaikum ...

Tiramisu or 'Pick-Me-Up' is alwaz my #1 favourite dessert or cake .... but i like tiramisu as dessert more than cake ... but either one - still i love enjoy indulging it :-)



...resepi Tiramisu untuk versi ini tiada dalam jualan kerana ianya lebih kepada eksperimental
sahaja. Lapisan Tiramisu Cake ini terdiri dari Chocolate Sponge Cake, Biscuits, Strawberry
Jelly dan Cream Cheese .... ( it was just to much .... ^__^ )

Tuesday, 3 January 2012

Dessert - Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum ...


... this cake is the winner! memang sedap dan tidak muak - rasanya lemak2 manis masam dan masin dari kombinasi cream cheese, gula dan biskut - lebih kepada makanan pencuci mulut atau 'dessert' dan cara menikmatinya ala2 manja gitu ...




Koleksi 2011 - BUTTER CHEESE CAKE ( Marble Chocolate )

Assalamualaikum ...

.... Cheese with Chocolate - what could be go wrong with that ya...? Just sweet sour chocolaty combination ... :-)

..yummm .. yummm

Monday, 2 January 2012

Koleksi 2011 - BUTTER CHEESE CAKE ( Blueberry )

Assalamualaikum ...


... kek harijadi tema Padang Bolasepak ini adalah kek BUTTER CHEESE ( BLUEBERRY ) yakni flavournya dengan blueberry filling ...




...kanak-kanak memang sukakan kek ini - ianya kurang penggunaan krim tapi lebih kepada pengguna biskut perisa cokelat sebagai hiasan di sekeliling kek ... cuba lah anak2 pasti teruja!

Koleksi 2011 - BUTTER CHEESE CAKE ( Cherry )

Assalamualaikum ...

... kek ini memang sangat buttery and cheezy ditambah pula dengan buah cherry segar atau cherry canned sebagai filling nya ... memang terangkat .... dgn rasa lemak2 cream cheese dan butter - anda boleh lupa sebentar dengan 'diet' anda ...^__^

...tidak perlu pada fresh cream/butter cream untuk
dekorasi badan kek ...

...lihatlah - memang nampak lemak berkrim keju!

Koleksi 2011 - BUTTER CAKE

Assalamualaikum ...

... bapa saya penggemar Butter Cake begitu juga dengan makcik saya ... tapi mereka lagi suka bila saya mengurangkan sukatan gula kerana mereka tidak mahu kek yang manis-manis .... untuk pengetahuan anda semua, ramai yang meminta agar kek-kek yang mereka tempah tidak terlalu manis dan sudah semestinya saya akur lagipun saya memang tak gemar kek yang manis2 apalagi yang beraising bagai .... sekiranya saya mengurangkan kadar penggunaan gula itu tidak bermakna saya mengurangkan sukatan untuk kelebihan untung ya - tidak sama sekali niat saya begitu - ini hanyalah semata-mata untuk kesihatan kita semua ... insyaAllah....

Butter Cake with buttercream frosting &
fondant deco
Butter Cake ( with minimum cream ) &
fondant deco
...with fully buttercream frosting & fondant
flowers
Plain Butter Cake with fondant writing

Koleksi 2011 - RED VELVET CAKE

Assalamualaikum ...


- Red Velvet Cake juga menjadi tarikan untuk mencuba kepada penggemar2 yang belum pernah merasa kesedapan dan kelemakan kek Baldu Merah ini...

- kebanyakan tempahan untuk RV Cake ni datangnya dalam bentuk Cupcake - ada yang menempah untuk buat hantaran majlis pertunangan/perkahwinan, ada juga menempah untuk jadikan buahtangan, sebagai hadiah hari jadi dan lain-lain lagi....

- untuk tempahan dalam bentuk cupcake ini, saya akan paparkan dalam kategori cupcake di entry selanjutnya ..

              




- cerita TENTANG RED VELVET :-)
"...pada hari Khamis baru2 ni, selepas usai urusan diluar bersama En. Suami, dalam perjalanan pulang saya telah menerima panggilan dari seseorang yang mahu menempah kek Red Velvet - spt biasa dan spt peramah yang terlebih biasa - hehehehe .... saya mengambil detail tempahan dari saudari yang bernama Wani, rupanya untuk makan kala berbuka puasa nanti. So, dgn senang hati saya mengiyakan tempahan tersebut walaupun agak short-notice ( hendaknya hari Jumaat - dan saya bersetuju delivery Jumaat pagi sementelah ada satu lagi tempahan utk dihantar pada hari yg sama di tempat yang sama ) .. utk santapan lepas berbuka - mana bisa saya menolak hajat orang kan..:-)

Seperti yang dijanjikan - kami berjumpa - alahaiiiii...kecil molek orangnya - lemah lembut gitu dan Jumaat malamnya saya menerima sms dari Wani ..katanya ..."Salam kak kek tu sedap sgt.tq taw" - alhamdulillah...:-) TERIMA KASIH WANI..!"

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting and Walnut - tempahan WANI





Koleksi 2011 - CARROT Walnut CAKE ( wt Cream Cheese )

Assalamualaikum ...

... ramai di kalangan penggemar Carrot Cake tegar mengulangi tempahan ( repeat order ) dari saya ..:-)
Carrot Cake ini bukan sahaja sekadar carrot sahaja, bahan-bahan yang saya gunakan untuk ramuan kek karot saya adalah seperti ini :-)

- tepung
- rempah ratus ( Cinnamon/ALL Spice/Nutmeg )
- minyak jagung ( sayuran )
- banyak parutan lobak merah
- walnut cincang ( wajib )
- nenas tin
- kismis ( optional/pilihan )
- dessicated coconut/kelapa kering ( jika ada )
- topping sahaja atau side/full body frosting dengan cream cheese yang enak

*** memang rasa yang sangat istimewa